Wednesday, May 12, 2010

Monday, May 10, 2010

post pertama saya dalam bm

Inilah post pertama saya dalam bm... setelah saya baca blog kawan saya shaiful, timbullah niat saya untuk menulis blog bahasa malaysia saya yang pertama ini. maafkan saya kalau terdapat kesalahan tatabahasa kerana sudah lama saya tidak menulis dan membaca dalam bahasa kebangsaan negara malaysia.

Sem saya yang pertama dalam tahun kedua saya di UCSI telah pun bermula. Kepada pembaca yang tidak tahu, saya sedang mengambil kursus perakaunan dan kewangan degree di UCSI. Bermulalah hidup saya yang 'busy' ini. Timetable yang tidak menentu, masa tauliah yang akhir lewat malam.. dua hari saya perlu balik selepas pukul 8 malam.. bas pula sudah habis perkhidmatan.. teksilah satu satunya pilihan saya untuk balik ke rumah saya.

Sudah lama tidak berkomunikasi dalam bahasa malaysia... penguasaan bahasa inggeris saya pula semakin bagus... bercakap macam orang putih.. haha... penguasaan bahasa cina saya juga semakin naik...

Malaysia boleh?